Usul Isyrin ( 20 )

Usul Isyrin yang ditulis oleh Ustaz Hasan Al-Bana ini adalah dianggap diantara tulisannya yang penting, kerana Usul Isyrin ini mengandungi beberapaperkara yang wajib dipercayai dan diketahui oleh tiap-tiap orang Muslim danwajib diikuti dalam tindak-tanduknya; hubungannya dengan khaliqnya danhubungannya sesama manusia.

ASAS PERTAMA:

Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah

negara dan watan atau pemerintah dan ummat.

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا آَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَآْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

(28)

“Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada ummat manusia seluruhnya

sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi ingat”. (S 34: 28)

ASAS KEDUA:

Bagi seorang Muslim, Al-Quran dan hadis adalah menjadi sumber untuk

mengetahui hukum-hukum Islam.

ASAS KETIGA:

Iman yang benar, ibadat yang sah dan mujahadah adalah cahaya dan

kemanisan yang dicurahkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendakinya,

manakala ilham, lintasan-lintasan hati, kassyaf dan mimpi bukanlah menjadi

dalil kepada hukum-hukum syariat.

ثلاث من آن فيه وجدبهن حلاوة الايمان من آانالله ورسوله احب اليه

مما سوا هماوان يحب المرءلايحبه الاالله وأن يكره ان يعود فى الكفر

بعد أن انقذهالله منه آما يكره أن يقذ ف النارً أخرجه مسلم

“Jika terdapat tiga perkara ini pada seseorang beliau akan merasakan kemanisan iman.

Beliau mengasihi Allah dan rasulnya lebih dari sesuatu. Beliau benci kembali kepada

kekufuran, setelah Allah melepaskan beliau dirinya, sebagaimana beliau benci

dicampakkan ke dalam neraka. Beliau mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu, tetapi

hanyalah kerana Allah”. Iman adalah kemanisan dan kemanisan ini akan bertambah

apabila iman bertambah kuat dan termetri.

ASAS KEEMPAT

Jampi, mentera, mengaku mengetahui perkara ghaib dan seumpamanya

adalah kemungkaran yang wajib diperangi, kecuali jampi-jampi dari ayat Al-

Quran atau jampi-jampi yang diterima dari Rasulullah (s.a.w)

بسمالله أرقيك،والله يشفيك من آل داءيؤذيك من شرالنفاثات فى

العد،ومن شرحاسدأذاحسدٌ

“Dengan nama Allah saya menjampimu, dan Allah menyembuhkanmu dari segala

penyakit yang menyakitimu, dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang

menghembus pada bulu-bulu dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki”.

ASAS KELIMA:

Pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tidak

dinaskan atau telah dinaskan tetapi nas tersebut boleh ditafsirkan dengan

pengertian lain, demikian juga pendapatnya dalam masalah yang berhubung

dengan maslahat umum, boleh diterima dan diamalkan sekiranya pendapat

tersebut tidak bertentangan dengan kaedah syariat. Pendapat tersebut boleh jadi

berubah menurut keadaan, persekitaran dan adat.

ASAS KEENAM:

Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan

Rasulullah (s.a.w) yang bersifat maksum.

وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَى ( 3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى ( 4

“Dan beliau tidak berkata menurut hawa nafsunya sendin. Perkataannya itu tidak lain

hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya) “. (S 53:3-4)

ASAS KETUJUH:

Seorang Islam yang ilmunya belum mencapai darjat nazar (boleh

mengeluarkan hukum dan dalil) dalam hukum-hukum furuk (cabang),

sayugialah beliau mengikut mana-mana imam.

فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّآْرِ إِن آُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

“Tanyalah ahli ilmu jika sekiranya kamu tidak mengetahui.” (S 16:43)

ASAS KELAPAN:

Perselisihan pendapat dalam masalah cabang hukum fikah tidaklah

menjadi sebab perpecahan dalam agama. Ia sepatutnya tidak menjadi sebab

perbalahan dan permusuhan

ASAS KESEPULUH:

Mengenal Allah, mentauhidkanNya dan membersihkanNya dari sesuatu

yang menyekutuiNya adalah akidah yang paling tinggi dalam Islam.

وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ آُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا

“Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: Kami beriman dengannya (ayatayat

mutasyabihat). Semuanya itu dari sisi Tuhan kami”. (S 3:7)

ASAS KESEBELAS:

Semua bidaah yang dilakukan dalam agama Islam tanpa sandaran

asalnya dan dipandang baik oleh segolongan manusia menurut hawa nafsunya,

sama ada dengan menambah atau mengurangkan apa yang telah disyariatkan,

adalah termasuk dalam perkara-perkara yang sesat yang wajib diperangi dan

dihapuskan.

من احدث فىأمرناهذاماليسىمنه فهورد

“Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu yang tidak ada dalam agama ini adalah ditolak”.

Yakni di tolak dan tidak diterima. Dalam hadith yang lain pula dinyatakan:

“Semua bidaah itu sesat”.

ASAS KEDUABELAS:

Bidaah yang dilakukan dengan menambah atau mengurangkan, terikat

dengan cara-cara tertentu dalam melakukan ibadat yang mutlak adalah

termasuk dalam masalah khilafiah.

ASAS KETIGABELAS:

Mencintai para salihin dan memuji-muji mereka berdasarkan amal-amal

saleh yang mereka lakukan adalah sebahagian daripada taqarrub

(menghampirkan diri kepada Allah).

الَّذِينَ آمَنُواْ وَآَانُواْ يَتَّقُونَ

“Orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa”. (S 10:63)

ASAS KEEMPATBELAS:

Menziarahi kuburan walaubagaimanapun adalah sunnah yang

disyariatkan dan mestilah dengan syarat menurut cara yang diterima dan

Rasulullah (s.a.w).

السلا م علسكم دارقوم مؤ منين انتم تاسا بقون وإناإن شاءالله لاحقون

ويرحمالله للستقدمين منكم ولمستاخوين،أنتم لنا فرطونحن لكم تبع

نسألالله لنا ولكم العافيه والمغفرة اللهم لاتحر منااجرهم ولاتفتنابعدهم

واغفرلناولهم

“Sejahteralah atau kamu, perkampungan orang-orang mukmin, kamu telah mendahului

kami dan kami insyaAllah akan menemui kamu. Allah memberi rahmat kepada kamu

yang terdahulu dan kami yang kemudian, kamu untuk kami dan kami akan mengikut

kamu. Kami berdoa agar Allah memberikan kesejahteraan dan keampunan kepada kamu

dan kami juga. Ya Allah, janganlah halang kami dari ganjaran mereka dan janganlah

fitnah kami sesudah mereka, ampunkanlah kami dan mereka”.

ASAS KELIMABELAS:

Doa yang dilakukan secara bertawassul (perantaraan) kepada Allah

melalui makhluknya, adalah termasuk dalam masalah khilafiah pada segi kaifiat

berdoa dan tidak termasuk dalam masalah aqidah.

ASAS KEENAMBELAS

Uruf (kebiasaan) yang salah tidak dapat merubah makna-makna lafazlafaz

syariat yang hakiki, malah wajiblah kita mempastikan batas makna yang

dimaksudkan oleh lafaz-lafaz itu.

ASAS KETUJUHBELAS:

Akidah adalah asas kepada amal. Amal hati lebih penting dari anggota.

Mencari kesempurnaan dalam kedua-dua bidang ini (amal hati dan amal

anggota) adalah dituntut syarat, sekalipun taraf tuntutan itu tidak sama.

ASAS KELAPANBELAS:

Islam membebaskan akal, mendorong supaya menilik dan mengamati

kejadian alam keliling.

ASAS KESEMBILANBELAS:

Percanggahan tidak akan berlaku antara hakikat ilmiah yang sah

dengan kaedah syariat yang telah sabit.

ASAS KEDUAPULUH:

Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim berdasarkan pendapat atau

maksiat yang dilakukannya sedangkan beliau telah mengucap dua kalimah

syahadah dan melakukan tuntutan syahadahnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: